Zahid kecewa kes ketua bahagian UMNO positif dadah

Home / Terkini / Zahid kecewa kes ketua bahagian UMNO positif dadah

KUALA KRAI – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kecewa dengan berita penahanan seorang ketua bahagian UMNO yang ditahan di sebuah kelab malam dan didapati positif dadah.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak untuk tindakan selanjutnya ke atas ketua bahagian tersebut berdasarkan perlembagaan dan undang-undang parti.

Ketua bahagian yang bergelar Datuk diuar-uarkan sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Lumpur pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

Datuk berusia 46 tahun itu ditahan oleh Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya dalam satu serbuan di pusat hiburan ‘Club De Vegas’ di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Hasil saringan yang dijalankan oleh polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur mendapati Datuk berkenaan positif dadah jenis methafamin dan amphetamine.

Serbuan itu diadakan bersama polis dan SPRM kerana pusat hiburan berkenaan dipercayai tidak mempunyai lesen.

Datuk itu telah dibebaskan dengan jaminan dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – PEKIRA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *