pekira.com jadi rujukan penting masyarakat dapatkan maklumat

Home / Terkini / pekira.com jadi rujukan penting masyarakat dapatkan maklumat

KUALA LUMPUR – Laman portal www.pekira.com menjadi medium penting Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (PEKIRA) untuk menyampaikan maklumat kepada ahli-ahlinya dan juga masyarakat.

Presiden PEKIRA, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, sejak mula dilancarkan pada pertengahan tahun lepas, portal yang menyajikan informasi terkini dan sumber berita sahih menjadi bahan rujukan pelayar-pelayar internet untuk mendapatkan maklumat.

“Laman portal ini dikunjungi lebih 1 juta pelayar internet setiap hari sehingga kadang kala kita menghadapi masalah server ekoran kunjungan pembaca yang terlalu padat.

“Kita muatkan pelbagai dimensi berita yang memberi input berguna kepada pembaca agar mereka jelas dengan perkembangan semasa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Ridzuan memberitahu, pekira.com juga menjadi sandaran kepada sesetengah ahli politik untuk menyampaikan maklumat langsung kepada masyarakat.

Malah katanya, laman portal berkenaan menjadi platform penting kepada mereka (orang politik) terutamanya ketika musim pilihan raya yang bahangnya semakin dirasai ketika ini.

“Laman portal ini setanding dengan media arus perdana lain yang turut menyajikan pelbagai maklumat semasa kepada umum.

“Sistem cariannya juga mudah untuk diakses malah, laman portal ini juga menjadi bahan rujukan sesetangah pengamal media lain untuk mendapatkan gambaran lebih jelas dalam membuat analisis dan sebagainya,” ujarnya. – PEKIRA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *