PEKIRA adakan mesyuarat bincang PRU14

Home / Terkini / PEKIRA adakan mesyuarat bincang PRU14

KUALA LUMPUR – Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (PEKIRA) hari ini mengadakan mesyuarat khas dengan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu.

Mesyuarat diadakan di kediaman Presiden PEKIRA, Mohd Ridzuan Abdullah di Sri Carcosa, Seremban pada pukul 11.30 pagi ini, kata Setiusaha Agung PEKIRA Malaysia, Ali Jafri Nasir menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, beberapa perkara akan dibincangkan di dalam mesyuarat berkenaan terutamanya menyentuh perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung pada Rabu ini.

Sehubungan itu katanya, pihak-pihak yang mendapat undangan ke mesyuarat tersebut diharap dapat hadir tanpa sebarang keuzuran. – PEKIRA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *