Parlimen bubar esok

Home / Terkini / Parlimen bubar esok

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuatkuasa esok selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dilakukan secara langsung pada pukul 12.15 tengah hari tadi selepas mengadap Sultan Muhammad V.

Serentak itu, pemimpin-pemimpin kerajaan negeri akan menemui ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya diadakan secara serentak.

Mandat Kerajaan Barisan Nasional akan berakhir pada 24 Jun 2018.

Pilihan Raya Ke-14 ini adalah kali kedua buat Najib selepas menerajui kepimpinan Barisan Nasional pada 3 April 2009.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Ketika Parlimen dibubarkan semalam, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 132 kerusi manakala Pakatan Harapan (DAP-PKR-PAN) 71 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (1), Parti Warisan Sabah (2) dan Pas sebanyak 14 kerusi.

Mengikut laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya, sejumlah 14,968,229 orang telah mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu.- PEKIRA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *