Makin ramai rakyat Malaysia beli Mercedes

Home / Terkini / Makin ramai rakyat Malaysia beli Mercedes

KUALA LUMPUR – Jualan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) bagi suku pertama tahun ini naik 13.2 peratus kepada 3,335 kenderaan berbanding suku yang sama pada tahun 2017.

MBM berkata, bulan Januari lepas sahaja telah mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 1,200 buah – naik 32 peratus berbanding Januari 2017.

“Mercedes-Benz kekal sebagai jenama premium terkemuka di Malaysia dengan penguasaan bahagian pasaran sebanyak 2.8 peratus.

“Ini disebabkan strategi kami yang berteraskan pelanggan yang membawa kepada produk dan perkhidmatan yang unggul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, MBM juga komited untuk melabur dalam perkhidmatan pelanggan dan pembangunan rangkaian.

Bagi tempoh di bawah kajian, limousin pemasangan tempatan dan kereta kompak, masing-masing menokok lapan peratus dan 37.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas. – PEKIRA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *