Maju, mundur sebuah negeri bergantung komitmen penjawat awam – Najib

Home / Terkini / Maju, mundur sebuah negeri bergantung komitmen penjawat awam – Najib

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, maju atau mundur sesebuah negeri bergantung kepada komitmen, kesungguhan, dedikasi dan intregriti anggota perkhidmatan awam.

Beliau berkata, kejayaan itu tidak kurang juga bergantung kepada hubungan baik kerajaan negeri dan pusat khususnya dari segi hubungan politik dan pentadbiran, selain hubungan pejawat awam persekutuan dan negeri.

“Itulah faktor kejayaan Sabah pada masa kini. Hubungan politik dan pentadbiran antara kerajaan negeri dan pusat sangat serasi. Hubungan saya dengan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sangat serasi.

“Apatah lagi komitmen saya untuk Sabah. Saya sangat komited untuk masa depan Sabah…ini bukan retorik politik kerana pilihan raya semakin dekat. Dari segi dalil atau bukti, orang cakap, saya telah banyak lakukan untuk Sabah, khususnya dari segi peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2018 di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini hari ini. – PEKIRA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *