Jangan melampau ketika berkempen PRU14

Home / Terkini / Jangan melampau ketika berkempen PRU14

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan rakyat supaya tidak melampau semasa tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, kempen kebencian yang diamalkan oleh sesetengah pihak adalah sangat berbahaya walaupun ia adalah biasa untuk berkempen secara sengit semasa tempoh berkempen.

“Kempen kebencian yang diamalkan oleh sesetengah pihak adalah berbahaya kerana apabila pilihan raya berakhir, kebencian kekal dan tidak luput,” kata Salleh menerusi catatan dalam laman Twitternya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei sebagai hari pengundian bagi PRU14 dan 28 April sebagai hari penamaan calon sementara pengundian awal ialah pada 5 Mei. – PEKIRA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *