90 muka baharu angkat sumpah Ahli Parlimen 16 Julai ini

Home / Terkini / 90 muka baharu angkat sumpah Ahli Parlimen 16 Julai ini

KUALA LUMPUR – Seramai 90 muka baharu yang mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu akan mengangkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 16 Julai ini.

Perkara tersebut menjadikan persidangan Parlimen kali ini mencatat sejarah negara apabila ramai anggota Parlimen berwajah baharu muncul untuk membawakan suara pengundi dikawasan masing-masing.

Malah, pada persidangan yang akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 17 Julai itu akan menyaksikan 11 Ahli Parlimen yang akan kembali ke Dewan Rakyat dan 121 Ahli Parlimen pada persidangan ke-13 akan turut mengangkat sumpah.

“Persidangan kali ini menyaksikan campuran Ahli Parlimen berpengalaman dengan mereka yang kali pertama menjadi ahli Dewan Rakyat.

“Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran menjadi ahli Dewan Rakyat termuda yang mana beliau masih seorang pelajar,” kata Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah.

Persidangan pertama Dewan Rakyat pada 16 Julai depan akan bermula dengan majlis pemasyhuran Speaker, diikuti majlis mengangkat sumpah kesemua 222 Ahli Parlimen.

Sultan Muhamad turut akan menerima usul pelantikan dua Timbalan Speaker Dewan Rakyat. – PEKIRA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *