isu Semasa

Home / isu Semasa
PEKIRA adakan mesyuarat bincang PRU14

PEKIRA adakan mesyuarat bincang PRU14

Terkini
KUALA LUMPUR - Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (PEKIRA) hari ini mengadakan mesyuarat khas dengan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu. Mesyuarat diadakan di kediaman Presiden PEKIRA, Mohd Ridzuan Abdullah di Sri Carcosa, Seremban pada pukul 11.30 pagi ini, kata Setiusaha Agung PEKIRA Malaysia, Ali Jafri Nasir menerusi kenyataan hari ini. Menurut beliau, beberapa perkara akan dibincangkan di dalam mesyuarat berkenaan terutamanya menyentuh perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung pada Rabu ini. Sehubungan itu katanya, pihak-pihak yang mendapat undangan ke mesyuarat tersebut diharap dapat hadir tanpa sebarang keuzuran. - PEKIRA
Read More
Aplikasi digital perhebat kempen BN

Aplikasi digital perhebat kempen BN

Terkini
KUALA LUMPUR - Bagaikan berada di set penggambaran filem futuristik, Barisan Nasional (BN) kini membawa teknologi 'Augmented Reality (AR)' dan hologram ke dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Melalui aplikasi 'HebatkanNegaraku' yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple Apps Store, pengundi boleh melihat dan mendengar aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua calon Parlimen BN dalam bentuk tiga dimensi (3D). Imej 3D tersebut akan terpapar dan bercakap apabila kamera telefon pintar dihalakan ke arah poster pilihan raya BN yang memaparkan gambar Najib dan calon parlimen kawasan masing-masing serta slogan 'Hebatkan Negaraku'. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika melancarkan aplikasi kempen digital itu, berkata teknologi berkenaan akan mendekatkan lagi pengundi dengan BN selain dapat mengenali calon kawasan masing-masing. "Mereka dapat…
Read More
Beri mandat pada BN untuk bangunkan Sabah negeri termaju – Najib

Beri mandat pada BN untuk bangunkan Sabah negeri termaju – Najib

Terkini
TAWAU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Sabah terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini bagi membolehkan agenda membangunkan Sabah sebagai antara negeri termaju dapat diteruskan. Beliau berkata, Sabah mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai antara negeri termaju seiring dengan pembangunan dan transformasi yang dilakukan selama ini oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) pusat dan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan barisannya. "Saya sebagai perdana menteri, Insya-Allah dengan mandat penduduk Tawau (dan Sabah) akan berikan pada saya (dan BN) 9 Mei ini dapat tempoh lima tahun akan datang, saya akan meningkatkan lagi usaha memajukan negeri Sabah dan terus pacu ke hadapan dengan pelbagai perubahan demi perubahan," katanya. Perdana menteri berkata demikian ketika…
Read More
Ku Nan calon pertama kemuka borang pencalonan Parlimen Putrajaya

Ku Nan calon pertama kemuka borang pencalonan Parlimen Putrajaya

Terkini
PUTRAJAYA - Tiga calon masing-masing daripada Barisan Nasional (BN), PAS dan PKR mengemukakan borang pencalonan mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sehingga tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi. Calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi calon pertama mengemukakan borang berkenaan ketika tempoh penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna, Presint 9 di sini. Ia kemudian diikuti calon PAS, Zainal Abidin Kidam yang mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.12 pagi dan calon PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat pada jam 9.20 pagi. Borang pencalonan berkenaan dikemukakan kepada Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Datuk Azizi Ahmad Termizi. Ketika ini, tempoh bantahan sedang berlangsung selama sejam sehingga jam 11 pagi nanti. Terdahulu, Tengku Adnan yang…
Read More
Najib dicabar cucu Tun Ghafar Baba, pesara tentera dan kontraktor di Pekan

Najib dicabar cucu Tun Ghafar Baba, pesara tentera dan kontraktor di Pekan

Terkini
PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan bagi penggal ke-10, berhadapan tentangan calon PKR Mohamad Zahid Mat Arip, wakil PAS Kapten (B) Ahiatudin Daud dan calon Bebas Datuk Kadir Saiinudin pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini. Mohamad Zahid ialah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang juga merupakan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Ahiatudin ialah Naib Yang Dipertua PAS Pekan sementara Kadir adalah seorang kontraktor dari Johor. Pertandingan empat penjuru itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Yusli Ibrahim Mohd Yunus pada 11.35 pagi. Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), sebelum itu mengemukakan borang pencalonannya di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada 9 pagi bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976.…
Read More
Politik merajuk menjelang PRU-14

Politik merajuk menjelang PRU-14

Terkini
KUALA LUMPUR – Baru-baru ini Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zarkashi bertindak meletakkan jawatannya atas dakwaan tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14). Rata-rata menganggap tindakan itu bersifat politik merajuk apabila namanya tidak disenaraikan sebagai calon untuk merampas kembali kerusi Parlimen Batu Pahat. Menurut Dr. Puad, tuduhan terhadap beliau adalah mereka yang tidak mengikuti sejarah politik beliau. "(Walaupun dituduh) saya tidak lari. PRU11 tahun 2004, nama saya langsung tidak tersenarai walaupun ketika itu saya adalah Timbalan Ketua dan Setiausaha Politik (mantan) Menteri Besar Johor, Tan Sri Ghani Othman. "Saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik serta merta, tetapi saya juga tidak lari. Sehinggalah PRU13 tahun 2013 saya kalah kerana tsunami Cina. Ramai tokoh lain juga kalah, tetapi mereka tetap dapat bertanding kali ini.…
Read More
PM yakin BN terus terajui kerajaan

PM yakin BN terus terajui kerajaan

Terkini
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yakin Barisan Nasional akan terus mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) yang akan diadakan pada 9 Mei ini. Malah, Datuk Seri Najib Razak percaya keputusan PRU kali ini lebih baik berbanding tahun 2013 yang menyaksikan kemenangan tipis bagi parti yang diterajuinya. Menurut Najib, meskipun BN akan berdepan dengan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad namun beliau tidak nampak ada gerakan ke arah untuk mengubah kerajaan sedia ada. "Kami yakin dengan keputusan yang baik. Itu tidak menyatakan bahawa kami akan menang dengan majoriti besar dan saya tidak mahu meramalkannya tetapi saya ingin mengatakan kami positif dengan keputusan (PRU)," kata Najib dalam wawancara bersama Bloomberg. Najib berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada 'gabungan pihak-pihak terdesak' berada dalam kerjasama Pakatan Harapan. Jelasnya, Dr.…
Read More
pekira.com jadi rujukan penting masyarakat dapatkan maklumat

pekira.com jadi rujukan penting masyarakat dapatkan maklumat

Terkini
KUALA LUMPUR - Laman portal www.pekira.com menjadi medium penting Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (PEKIRA) untuk menyampaikan maklumat kepada ahli-ahlinya dan juga masyarakat. Presiden PEKIRA, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, sejak mula dilancarkan pada pertengahan tahun lepas, portal yang menyajikan informasi terkini dan sumber berita sahih menjadi bahan rujukan pelayar-pelayar internet untuk mendapatkan maklumat. "Laman portal ini dikunjungi lebih 1 juta pelayar internet setiap hari sehingga kadang kala kita menghadapi masalah server ekoran kunjungan pembaca yang terlalu padat. "Kita muatkan pelbagai dimensi berita yang memberi input berguna kepada pembaca agar mereka jelas dengan perkembangan semasa," katanya pada sidang media di sini hari ini. Mohd Ridzuan memberitahu, pekira.com juga menjadi sandaran kepada sesetengah ahli politik untuk menyampaikan maklumat langsung kepada masyarakat. Malah katanya, laman portal berkenaan menjadi platform penting kepada mereka (orang politik)…
Read More
Jangan melampau ketika berkempen PRU14

Jangan melampau ketika berkempen PRU14

Terkini
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan rakyat supaya tidak melampau semasa tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Beliau berkata, kempen kebencian yang diamalkan oleh sesetengah pihak adalah sangat berbahaya walaupun ia adalah biasa untuk berkempen secara sengit semasa tempoh berkempen. "Kempen kebencian yang diamalkan oleh sesetengah pihak adalah berbahaya kerana apabila pilihan raya berakhir, kebencian kekal dan tidak luput," kata Salleh menerusi catatan dalam laman Twitternya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei sebagai hari pengundian bagi PRU14 dan 28 April sebagai hari penamaan calon sementara pengundian awal ialah pada 5 Mei. – PEKIRA  
Read More
Perkhidmatan kesihatan terbaik bukan omong kosong – Perdana Menteri

Perkhidmatan kesihatan terbaik bukan omong kosong – Perdana Menteri

Terkini
PUTRAJAYA - Komitmen kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti yang merupakan antara terbaik di dunia untuk rakyat Malaysia, bukanlah omong kosong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, ini terbukti apabila Laporan Jurnal Antarabangsa Pelancongan Kesihatan mengiktiraf Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan perubatan selama tiga tahun berturut-turut sejak 2015. Katanya, majalah International Living turut mengiktiraf Malaysia sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam bidang penjagaan kesihatan. "Ini kerana akujanji dibuat kerajaan berjaya dilaksanakan. Dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kita tetapkan penjagaan kesihatan dan gaya hidup antara satu daripada 14 teras keutamaan diperjuangkan kerajaan untuk lima tahun akan datang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Institut Kanser Negara (IKN) di sini hari ini. Menerusi akujanji berkenaan, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus…
Read More